majikan ,dera dan rogol mangsa.ishhh

    Share

    __julea__
    Member
    Member

    Female
    Jumlah posting : 262
    Age : 30
    Location : Malay In The House
    Job/hobbies : BuaT BoDoH..laLalaLa
    Registration date : 2008-08-05

    hot tread majikan ,dera dan rogol mangsa.ishhh

    Post by __julea__ on Thu Feb 12, 2009 2:26 am

    KUALA LUMPUR . - Polis kini sedang memburu sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes seorang pembantu rumah yang mendakwa didera serta dirogol oleh majikannya sejak hampir dua tahun bekerja di sebuah kondominium di Batu Caves dekat sini.

    Pasangan tersebut dipercayai menghilangkan diri selepas mangsa membuat laporan polis pukul 1.40 petang semalam.

    Mangsa, 18, berasal dari Sabah mendakwa dia sering ditumbuk, ditendang di seluruh badan serta dipukul dengan kayu, rotan, permainan kuda kayu, cebisan kaca dan penggantung baju.

    Mangsa yang mula berkhidmat dengan majikannya sejak 28 Oktober tahun 2007, turut mendakwa dalam laporannya bahawa dia telah dirogol sebanyak enam kali dalam tempoh itu.


    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah berkata, keadaan menjadi semakin teruk apabila isteri majikannya mendapat tahu suaminya pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa.

    "Menurut mangsa, isteri majikannya itu memukul dan menderanya malah tidak memberi dia makan selama tiga hari berturut-turut selepas mendapat tahu kejadian itu.

    "Isteri majikan turut mengugut mangsa akan membunuh adik perempuannya yang berusia 16 tahun jika mangsa melarikan diri dari rumah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

    Chin Wah memberitahu, mangsa yang tidak tahan dengan tindakan majikannya itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

    Katanya, mangsa masih berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Polis, kata beliau, sedang menyiasat dakwaan tersebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

      Current date/time is Sun Dec 11, 2016 6:47 pm