Tv Lapor Bush Meninggal

    Share

    __julea__
    Member
    Member

    Female
    Jumlah posting : 262
    Age : 30
    Location : Malay In The House
    Job/hobbies : BuaT BoDoH..laLalaLa
    Registration date : 2008-08-05

    hot tread Tv Lapor Bush Meninggal

    Post by __julea__ on Tue Feb 17, 2009 11:48 am

    PRETORIA: Sebuah stesen televisyen Afrika Selatan tersilap menyiarkan laporan bekas Presiden George W Bush meninggal dunia dalam salah satu buletin beritanya.

    Selama tiga saat, ETV News, menyiarkan tajuk berita di skrin menyatakan ‘George Bush meninggal dunia.’

    Kesilapan itu berlaku apabila juruteknik tersilap menekan butang ‘siaran langsung’ menunjukkan tajuk berita yang salah.

    Menurut stesen itu, ujian kini akan dilakukan menggunakan ‘bahasa berbelit.’ Kesilapan berlaku apabila seorang kakitangan kanan mahu melihat bagaimana tajuk berita itu kelihatan.

    “Pengarah teknikal menekan butang yang salah, ia mengambil masa sesaat untuk perkataan itu muncul dan ia disiarkan selama tiga saat sebelum dikeluarkan,” kata jurucakap stesen televisyen itu, Vasili Vass.

    Beliau tidak dapat memberi komen sama ada individu bertanggungjawab akan berdepan tindakan disiplin.


    “Kami belajar darinya, semua tajuk ujian kini akan dilakukan dalam bentuk bahasa berbelit,” katanya.

    Kesilapan itu pertama kali dilaporkan oleh akhbar Beeld, dan laman web kumpulan media itu, News24.com.

    “Ia sesuatu yang malang kerana kami tidak pernah memberi komen mengenai kesilapan mereka,” kata

    Bush memang dikenali kerana kerap melakukan kesilapan ketika berucap yang membawa kepada kewujudan frasa ‘Bushism’. - Agensi

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 11:16 pm